Isnin, 25 Oktober 2010

Tragedi Kue Bangkit..

Ni aku nk share..masa aku bljar nk buat kuih bangkit, opss..bkn blajar, tp mbantu sambil memerhati and lgsg blajar..fuhh, sket punya sedap kue ni, kalau di kasi 1 toples..confirm makan sendiri. Yang aku tau, aku ni mmg 'hantu' kue ni. So..bila ada pluang utk mencuba,aku punyalah suka..Semangat utk mcuba terlalu tebal.
Sampai kebas2 kaki duduk bersimpuh..lenguh tangan mengiling adunan tepung..1st tuh, jeling2 ja..coz masi xthu peraturan..bila dah reti sket, cubalah buat..tangan aku xla selincah tangan 'emma..respek la ngn dia.

Then..jam berganti jam..kaki aku dah kebasss..aduiii. Xle jadik ni..maka, yang aku nk gelak adunan dari nipis..dah menjadi tebal, siap guna acuan yang besar sket..WHY? Supaya adunan tuh cepat abess.. baru aku tau, sket punya seksa untuk menghasilkan kuih ni.Tapi yang paling sadis, Why time turn aku yang uli tepung  tuh..bentuk dah 'Mantap'..cuma apa kejadah nya..kue ni jadik keras ngalahkan batu..!!  WHYYYY!!!!!! 

Tapi walau keras camana pun, rasanya masih sedap..cuma sebelum makan, kena rendam air kopi la dulu..yang pasti, xda 2x Nya aku trip rajin nk buat pasni. Kesian..kesian. 

Happy Birthday..

Hurmm..24 Oktober 2010, dah up lagik umur aku. Tanx for my siblings yang ingat n m'wish utk aku. Hopefully birthday tahun ni,birthday terakhir aku sebagai seorang 'single-mingle'..heeee...ketawa smpi nk koyak mulut. Dgn 'up' nya umur ni..aku kena la trip-trip matang..btl ka kena trip matang? ahaks...

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA
.